Ulama menulis bahawa seseorang itu hendaklah mengahwini orang miskin dan tidak patut memilih anak orang kaya sebagai bakal isterinya. Kerana sesiapa yang mengahwini anak perempuan orang kaya akan terperangkap dalam lima jenis musibah:
(i) mesti bayar maskahwin yang tinggi
(ii) berlaku kelewatan dalam upacara RUKHSATI (pengantin perempuan tinggalkan rumah bapanya untuk bersama suaminya) sebab ibu bapanya akan melengah-lengahkan untuk hantar anak perempuan kepada suaminya atas berbagai-bagai alasan
(iii) susah hendak menerima perkhidmatan daripadanya
(iv) perlu sediakan perbelanjaan yang besar
(v) akan menjadi halangan dari menceraikannya, kerana tamakkan hartanya.
Dikatakan bahawa perempuan harus berada di paras rendah dari suaminya dalam empat perkara; jika tidak, maka suami akan dipandangnya hina:
i) usia
ii) Tubuh
iii) harta
iv) Kebangsawanan.
Dan juga dalam empat perkara lagi dia mesti berada dalam paras lebih tinggi dari suami:
i. Rupa
ii. Adab
iii. taqwa dan
iv. Tabiat [Ihya]